Monday 2 April 2012

romantik

Amacam awekku.?? Lu orait ka.?? Wa harap lu ok2 je..

Awek gua, gua tlh mbaca surat lu tempohari… Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua thadap lu bkn main… Lu ingat gua main2 ka.?? Cintan gua mdlm very deep you know.! very deep purple.! Lu tarak prasan ke?

Apa yg kurangnya gua ni.?? Cuba lu cakap! Gua ni x cukup hensem ke.?? Atau lu sudah ada balak lain.?? Lu sound gua beb.! Mentang2 lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu.! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang.?? Kalo lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jd cikgu tp x dpt. Bkn pasal gua takde kelayakan tp tadika kemas jarang amik cikgu lelaki.. Lagipun jiwa gua lbh kpd seni… Tiket konsert gua semua habis jual.! Sbb tulah gua jd tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu x offer kat onglain.

Gua memang betul2 tak puas hati ni.! Lu memang bikin gua panas.! Sampai hati lu buat cam ni kat gua setelah apa yg gua dah kasik kat lu.. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat x dulu sewaktu lu & gua first time jumpa.?? Masa tu hujan... Lu takde payung.. Lu lari pegi kat bus stop.. Lu basah kuyup.. Kesian pulak gua tgk lu kesejukan.. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama2 sudah feeling2.. Gua ingat lagi lagu "Do You Know Me" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu... Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public... Lu tak ingat ke.?? Ka lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo.! Janganlah buat gua macamni.! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah.! Janganlah krn besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua.. Gua memang macamni, rocker sejati.! Lu pun tau sapa gua.. Dulu lu takdepun cam ni.. Lu tak kisahpun.! Lu layan selamba je.. Tp nape skng lu berubah.? Nampak je gua rocker tp gua pun beriman jugak, beb.! Sembahyang x tinggal wo.!

Lu pikirlah sindri,.! Gua dah curahkan segala2 kat lu.. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu.. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai.. Gua buat modal nak kawin dengan lu.. Cayalah cakap gua.! Gua tak tipu.! Btl cakap lu.! Gua harap lu pikirlah baik-baik, bhai.! Kalo 1 ari nanti gua jd rock star, lu jangan nyesal.. Gua dah takde awek lain lg. Lu sorang jelah yang gua cinta.. Awek lain gua usya diorg x layan gua cakap lu.! Gua x tipu.! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dr gua, kenang gua dlm doa makan malammu.. Sebelum gua bla, gua teringat lagu “runaway”.. Semoga lu berbahagia,.!

orang gila d kampung

Al-kisah…..adalah satu kampung ni..nama kampung ni kampung pinang 18 batang. Kat kampung ni orang ramai idup aman dan bahagia. Dalam kampung yang aman ni..adala sorang laki ni. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni orang gila kat kampung ni. So..ramai la yang pandang slag kat dia. Ramai la yang suka memainkan dia.. nak dijadikan cerita…
Pada suatu hari..si Ali ni gi la masjid nak semayang jumaat…ey..ni educated nyer orang gila tau..semayang tak tinggal. Contohilah dia ni. Sedangkan orang gila pun semayang…korang yang siuman ni pun semayang la gak ek.. ok….sambung citer. Lepas si Ali ni semayang jumaat, dia nak balik la kan . So..masa dia nak balik tu tetiba dia tengok selipar jepun kesayangannye dah takdek. Aper lagi…mengamukla dia…
Tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata: “kepada sesiapa yang mencuri selipar aku, baik ko pulang cepat!!!!!!!…” Semua orang menjadi takut..ye la..orang gila kan ..memacam dia buleh buat. Buatnya dia tetak anak bini orang…..kang..ha..naya.. Diulang sekali lagi…”kepada sesiapa yang curik selipar kesayangan aku tu..baik ko pulang cepat. Kalau tak aku akan buat seperti mana ayah aku buat!!!” lalu orang yang curik tu pun pulang la balik. “lek la bang.. gurau jek”….
Tapi Ali memandang nyer dgn muka yang serius..muka macam nak makan orang gitu…
Haa…lalu budak yang curi selipar dia tu pun blah tanpa memandang ke arah Ali.. takut la tue… lalu tok imam pun menegur Ali dan bertanya “kalau dia tak pulang apa yang akan kamu lakukan..?? apa yang ayah kamu lakukan..??” dengan suara dan wajah yang slamber….Ali pun berkata “saya balik kaki ayam la tok….”

Sunday 1 April 2012

Hamidan Lengkap Kemenangan Bergaya Kedah

BUKAN sekadar hero satu perlawanan! Penyerang import Kedah, Mohammed Hamidan sekali lagi membalas kepercayaan barisan jurulatih pimpinan Wan Jamak Wan Hassan yang meletakkannya sebagai penyerang utama menjaring dua gol untuk menumpaskan Perak 3-0 di Stadium Darul Aman (SDA), Alor Setar semalam.
Dia membuktikan sentuhan berbisanya semasa membantu Kedah membenam cabaran T-Team pada saingan suku akhir Piala FA Selasa lalu diteruskan pada malam gemilang Kedah di hadapan penyokong nombor satu Kedah, Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mencemar duli turun menyaksikan perlawanan.
Hadir sama Presiden Persatuan Bolasepak Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Babak masa pertama perlawanan dilihat seimbang di antara kedua pasukan namun Hamidan berjaya mengambil kesempatan kekalutan di dalam kotak penalti Perak dan menendang masuk bola hantaran Kapten Pasukan, Baddrol Baktiar untuk mudah menewaskan penjaga gol skuad Seladang, Khairul Amri pada masa kecederaan minit ke-46.
Bermula babak kedua pula, skuad Seladang terus mengasak kubu Hijau Kuning hasil gandingan dua import mereka, Lazar Popovic dan Michal Kubala menerusi hantaran tinggi tetapi sering kali dinafikan dengan ketangkasan penjaga gawang Kedah, Mohd Helmi Eliza.
Dalam usaha Perak untuk menghasilkan gol penyamaan, jaringan gol kedua Kedah terhasil hasil kesilapan komunikasi di antara pertahanan Seladang, Mohd Syazwan dan Khairul Amri apabila Mohd Syazwan tertendang masuk ke gawang sendiri pada minit ke-77 hasil asakan yang cuba dilakukan oleh Hamidan ke kubu lawan.
Malam gemilang Hamidan dilengkapkan dengan jaringan cantiknya dari jarak 35 meter berjaya menewaskan Khairul buat kali ketiga pada minit ke-83 di hadapan kira-kira lebih 10,000 penyokong Hijau Kuning.
Percaturan pengendali Kedah, Wan Jamak Wan Hassan yang sekali lagi memberikan kepercayaan kepada Hamidan untuk berganding bersama dengan Khyril Muhymeen membuahkan hasil dan sekali gus membuktikan bahawa beliau bukan jaguh satu perlawanan sahaja.
Wan Jamak ketika ditemui selepas perlawanan mengakui kemampuan Hamidan semakin terserlah.
“Hamidan semakin membuktikan kemampuannya dan jaringan keduanya saya akui memang cantik,” katanya

Kisah Mat Rempit


Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.
Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,
Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.
Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.
Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.
Pak Amin: Oh begitu…. Alhamdulillah selamat anak gua…
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?
Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

lelaki malang


Suatu masa dulu di texas, hidup seorang mamat yang bername joni yang keghairahannye memakan kacang dalam tin.tetapi problemnye, joni selalu menghadapi masalah yang memalukan selepas memakan kacang
dalam tin.perut memulas,sendawa adalah antara sintom yang selalu dialaminya selepas memakan makanan ini. suatu hari joni telah bertemu perempuan idaman kalbunya lili dan merancang untuk berkahwin.Tapi di dalam hatinya telah berfikir bahawa dia harus berhenti daripada memakan makanan kegemarannya untuk mengelakkan keaiban diri. jadi nekadlah joni untuk berhenti daripada memakan kacang dalam tin.

Selang berape hari tibalah besdey joni.lili mahu membuat parti supris untuk joni lalu menghantarnye ke pekan untuk membeli susu lembu.semasa dalam perjalanan pulang, kereta joni telah rosak dan dia pun menelepon lili untuk memberitahu tentang keadaannya.Wah apa lagi suka le lili pasal ade banyak masa untuk prepare parti supris tu. so, berjalan lah joni sejauh 11 batu untuk balik ke rumahnye...Tibe2 setelah setengah jalan joni terbau aroma kacang dalam tin datang daripada sebuah kafe di bahu jalan. ape lagi berfikirlah joni bahawa apa salah nye berenti sekejap untuk makan semangkuk due lagi pun masih jauh lagi nak menapak. masuk la joni dalam kafe dan tanpa berlengah telah mengoder 3 mangkuk kacang. puasla hatinye maka menapak la lagi joni selepas membedal 3 mangkuk kacang dan setelah sekian masa sampai lah joni di rumah.

Lili telah pun menunggu joni di pintu untuk menyambutnya dengan suka ati sekali.lalu menyuruh joni menutup mata dengan secebis kain kerana adea supris untknya. dibawanya joni ke dapur ..tiba-tiba telepon di ruang tamu telah berdering dan lalu lili meninggalkan joni sendirian dan sempat memesan joni agar tidak membuka pembalut mata sebelum dia kembali.maka ikut la joni dengan kata-kata lili. tiba-tiba perutnya memulas dan terasa hendak kentut.lalu tanpa berlengah-lengah joni pun melepaskan kentut yang amat busuk sambil mengangkat sebelah kakinya. tak cukup dengan itu datang pula kentut no dua dengan bau seperti bangkai lembu. lalu joni tanpa lengah-lengah mencabut bajunya dan mengibas-ngibas kan bajunya untuk mengudarakan oksigen dalam dapur itu.tak lama selepas itu kembalilah lili dari ruang tamu dan membuka pembalut mata joni..sambil berkata suprise!!!!dan itu di depan joni terduduk 12 orang tetamu sambil menutup hidung! alahai kesian joni.

Ayaq Dalam Besi, Api Dalam Kaca


Pada satu hari di tahun 60an ada satu perkampungan di Utara Malaya. Kampung ni tak dak bekalan karen dan ayaq. Kat kampung tu tinggailah satu keluarga yg miskin, Awang, dan mak dia, Cik Kiah. Menyedari depa ni miskin Cik Kiah selalu memotivasi anak dia supaya belajaq betui-betui utk masa depan yang lebih vogue dan anggun. Apabila menyedari kemiskinan yang ada dan berkat usaha dan kesabaran, Awang telah berjaya didalam pelajaran. Dengan kelulusan yg ada, Awang telah berjaya dapat keja dengan gomen tapi masalah dia tempat keja dia tu kat Penang. Sayu gak hati dia nak tinggai Cik Kiah sorang sorang.

Yalah takut gak nanti org tackel mak dia..sapa susah ? dia gak nanti yg susah tak pasai pasai dapat bapak tiri... "Mak, bolehkah Cek pi keja kat Penang tu ?" kata Awang. "Cek risaulah kat mak" sampuknya lagi. "La, kalau kat mak hang nak risau tak payah la, mak tau la nak jaga diri mak. Kalau setakat makan pakai tu bukan mak tak tau nak buat, hang pi lah, utk masa depan hang gak," balas maknya. "Lagipun bukan senang o nak dapat keja dengan gomen, hang carilah satu kampung mana dapat, hang ni kira campian oo" kata maknya bangga. " T. Q mak, Awang janji takkan lupakan mak, kalau free free tu Awang akan bawak mak pi sana" kata Awang janji kat mak dia. Maka dengan perasan sedih Awang pun berangkatlah ke Penang.

 Di sana gomen dah sediakan tempat tinggai (kuarters) utk dia. Berbeza dengan keadaan di kampung dia, segala infrastruktur yang lengkap memang terdapat kat kuartes dia duduk tu. "Wah selesanya" kata Awang. "Aku musti bawak mak aku mai sini tunjuk sikit kesofisikated tempat ni" bisik Awang. Setelah sebulan di perantauan, Awang pun baliklah ke kampung dia. Balik bercuti la tu. Sampai saja di rumah, mak dia melompat lompat tengok anak dia dengan dressing yang agak moden dan bergaya over (culture shock la ni). Kerinduan Awang dengan mak dia pun terubat setelah depa berjumpak. "Mak, siok la dok kat Penang, macam-macam ada. Mak tau dak kat sana kan ada ayaq dalam besi dan paling canggih ada api dalam kaca" kata Awang mengklentong mak dia. "Apa dia? ayaq dalam besi, api dalam kaca ? Awang oi hang bawak la mak pi tengok teringin sangat mak nak tengok benda-benda takjub macam tu" kata mak dia tergedik-gedik dan sugguh-sungguh. Maka esoknya berangkatlah Cik Kiah dan Awang ke Penang.

 Seronoknya Cik Kiah tak terkata maklumlah tak pernah ke Penang sebelum ni. Dalam perjalanan macam macam yang ditanya oleh Cik Kiah kat Awang. Sampai temonyeh-monyeh Awang jawab pertanyaan mak dia ni. Sesampai kat rumah tercanggak-cangak Cik Kiah bila dok dalam rumah Awang, ada radio, ada kusyen dll. Woih memang seperti yang pernah di cerita oleh Awang, memang canggih, tak pernah segala kecanggihan tu ada kat kampung depa. Proudla.. Cik Kiah dengan semua benda-benda tu. "Balik nanti bolehlah aku habaq kat semua org kampung" bisiknya. "Eh Awang hang kata nak tunjuk kat mak ayaq dalam besi, api dalam kaca, mana dia ?" bentak Cik Kiah yang sekali lagi tergedik-gedik. " "Ni ha dia api dalam kaca tu" sambil menekan suis lampu dan lampu kalimantang dalam rumah tu pun menyalalah. "Eh baik-baik satni meletup pulak kaca tu" kata Cik Kiah dengan nada yang takut-takut tapi terpesona. "Eh dak aih mana boleh meletup, api ni memang depa design dok dalam kaca, la ni mak tak payah susah-susah pasang pelita bila malam" kata Awang meyakinkan mak dia. Oh kini tanda tanya Cik Kiah ttg api dalam kaca sudah terjawab.

 "Memang aku nak canang satu kampung nanti dengan penemuan benda ni" kata Cik Kiah dalam hati sambil membayangkan muka jirannya Piah, Timah, Senah dll yang pasti akan terpegun den terkezutt nanti. "Awang oi... tu baru api dalam kaca, ayaq dalam besi mana pulak ?" kata Cik Kiah tak sabaq sabaq. "Tu ha, ayaq dalam besi tu" tunjuk Awang kepada satu kepala paip dalam toilet rumah dia. "Oh ayaq dok dalam besi ni, jadi takyah la mak susah susah cedok ayaq kat telaga noo ??" kata Cik Kiah semakin bangga. Bertambah lagilah modai nak klentong jiran jiran kampung dia nanti. "Eh mak, Cek lapaq la, la ni Cek nak pi kedai sat beli makanan, mak dok sat, sat ni cek balik la", kata Awang. "Tak pa la, pi lah, mak pun nak sembahyang ni" jawab Cik Kiah. Setengah jam kemudian baliklah Awang dengan bekalan makanan. Masuk aja dalam rumah di tengoknya mak dia sedang relex aja.

 "Ha, mak dah sembahyang ka ?" tanya Awang. "Dah" jawab Cik Kiah. "Ni nak tanya hang satu benda ni, awat telaga kat rumah hang ni kecik sangat? tadi payah betui mak ambik ayaq sembahyang tau ?" tanya Cik Kiah lagi. "Telaga? mana ada telaga dalam rumah macam ni? kat kampung kita ada la" tanya Awang. "Ni apa dia ? bukan ka tu telaga kecik ? cuba hang pebesaq sikit telaga tu taklah payahla mak ka, hang ka, nak ambik ayaq nanti" kata Cik Kiah sambil menunjuk kearah mangkuk tandas dalam toilet rumah Awang. La Usurpadora... Awang seakan akan terpengsan bila mendengar penerangan mak dia. Rupanya dia lupa ajaq mak dia ayaq dalam besi tu kena pulas kepala paip tu dulu taklah mak dia cedok ayaq dalam "telaga kecik tu" uwaaaaaaa. Demikian adanya.Rahsia Menangkap IkanAda seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."

sembahyang


Pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk menunnaikan sembahyang jumaat. mat Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya. sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Zohor berjemaah itu. Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang dihadapannya... Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara " yang kau bercakap tu aper ".... sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..