Pada satu hari di tahun 60an ada satu perkampungan di Utara Malaya.
Kampung ni tak dak bekalan karen dan ayaq. Kat kampung tu tinggailah
satu keluarga yg miskin, Awang, dan mak dia, Cik Kiah. Menyedari depa
ni miskin Cik Kiah selalu memotivasi anak dia supaya belajaq
betui-betui utk masa depan yang lebih vogue dan anggun. Apabila
menyedari kemiskinan yang ada dan berkat usaha dan kesabaran, Awang
telah berjaya didalam pelajaran. Dengan kelulusan yg ada, Awang telah
berjaya dapat keja dengan gomen tapi masalah dia tempat keja dia tu kat
Penang. Sayu gak hati dia nak tinggai Cik Kiah sorang sorang.
Yalah
takut gak nanti org tackel mak dia..sapa susah ? dia gak nanti yg susah
tak pasai pasai dapat bapak tiri... "Mak, bolehkah Cek pi keja kat
Penang tu ?" kata Awang. "Cek risaulah kat mak" sampuknya lagi. "La,
kalau kat mak hang nak risau tak payah la, mak tau la nak jaga diri
mak. Kalau setakat makan pakai tu bukan mak tak tau nak buat, hang pi
lah, utk masa depan hang gak," balas maknya. "Lagipun bukan senang o
nak dapat keja dengan gomen, hang carilah satu kampung mana dapat, hang
ni kira campian oo" kata maknya bangga. " T. Q mak, Awang janji takkan
lupakan mak, kalau free free tu Awang akan bawak mak pi sana" kata
Awang janji kat mak dia. Maka dengan perasan sedih Awang pun
berangkatlah ke Penang.
Di sana gomen dah sediakan tempat tinggai
(kuarters) utk dia. Berbeza dengan keadaan di kampung dia, segala
infrastruktur yang lengkap memang terdapat kat kuartes dia duduk tu.
"Wah selesanya" kata Awang. "Aku musti bawak mak aku mai sini tunjuk
sikit kesofisikated tempat ni" bisik Awang. Setelah sebulan di
perantauan, Awang pun baliklah ke kampung dia. Balik bercuti la tu.
Sampai saja di rumah, mak dia melompat lompat tengok anak dia dengan
dressing yang agak moden dan bergaya over (culture shock la ni).
Kerinduan Awang dengan mak dia pun terubat setelah depa berjumpak.
"Mak, siok la dok kat Penang, macam-macam ada. Mak tau dak kat sana kan
ada ayaq dalam besi dan paling canggih ada api dalam kaca" kata Awang
mengklentong mak dia. "Apa dia? ayaq dalam besi, api dalam kaca ? Awang
oi hang bawak la mak pi tengok teringin sangat mak nak tengok
benda-benda takjub macam tu" kata mak dia tergedik-gedik dan
sugguh-sungguh. Maka esoknya berangkatlah Cik Kiah dan Awang ke Penang.
Seronoknya Cik Kiah tak terkata maklumlah tak pernah ke Penang sebelum
ni. Dalam perjalanan macam macam yang ditanya oleh Cik Kiah kat Awang.
Sampai temonyeh-monyeh Awang jawab pertanyaan mak dia ni. Sesampai kat
rumah tercanggak-cangak Cik Kiah bila dok dalam rumah Awang, ada radio,
ada kusyen dll. Woih memang seperti yang pernah di cerita oleh Awang,
memang canggih, tak pernah segala kecanggihan tu ada kat kampung depa.
Proudla.. Cik Kiah dengan semua benda-benda tu. "Balik nanti bolehlah
aku habaq kat semua org kampung" bisiknya. "Eh Awang hang kata nak
tunjuk kat mak ayaq dalam besi, api dalam kaca, mana dia ?" bentak Cik
Kiah yang sekali lagi tergedik-gedik. " "Ni ha dia api dalam kaca tu"
sambil menekan suis lampu dan lampu kalimantang dalam rumah tu pun
menyalalah. "Eh baik-baik satni meletup pulak kaca tu" kata Cik Kiah
dengan nada yang takut-takut tapi terpesona. "Eh dak aih mana boleh
meletup, api ni memang depa design dok dalam kaca, la ni mak tak payah
susah-susah pasang pelita bila malam" kata Awang meyakinkan mak dia. Oh
kini tanda tanya Cik Kiah ttg api dalam kaca sudah terjawab.
"Memang
aku nak canang satu kampung nanti dengan penemuan benda ni" kata Cik
Kiah dalam hati sambil membayangkan muka jirannya Piah, Timah, Senah
dll yang pasti akan terpegun den terkezutt nanti. "Awang oi... tu baru
api dalam kaca, ayaq dalam besi mana pulak ?" kata Cik Kiah tak sabaq
sabaq. "Tu ha, ayaq dalam besi tu" tunjuk Awang kepada satu kepala paip
dalam toilet rumah dia. "Oh ayaq dok dalam besi ni, jadi takyah la mak
susah susah cedok ayaq kat telaga noo ??" kata Cik Kiah semakin bangga.
Bertambah lagilah modai nak klentong jiran jiran kampung dia nanti. "Eh
mak, Cek lapaq la, la ni Cek nak pi kedai sat beli makanan, mak dok
sat, sat ni cek balik la", kata Awang. "Tak pa la, pi lah, mak pun nak
sembahyang ni" jawab Cik Kiah. Setengah jam kemudian baliklah Awang
dengan bekalan makanan. Masuk aja dalam rumah di tengoknya mak dia
sedang relex aja.
"Ha, mak dah sembahyang ka ?" tanya Awang. "Dah"
jawab Cik Kiah. "Ni nak tanya hang satu benda ni, awat telaga kat rumah
hang ni kecik sangat? tadi payah betui mak ambik ayaq sembahyang tau ?"
tanya Cik Kiah lagi. "Telaga? mana ada telaga dalam rumah macam ni? kat
kampung kita ada la" tanya Awang. "Ni apa dia ? bukan ka tu telaga
kecik ? cuba hang pebesaq sikit telaga tu taklah payahla mak ka, hang
ka, nak ambik ayaq nanti" kata Cik Kiah sambil menunjuk kearah mangkuk
tandas dalam toilet rumah Awang. La Usurpadora... Awang seakan akan
terpengsan bila mendengar penerangan mak dia. Rupanya dia lupa ajaq mak
dia ayaq dalam besi tu kena pulas kepala paip tu dulu taklah mak dia
cedok ayaq dalam "telaga kecik tu" uwaaaaaaa. Demikian adanya.Rahsia
Menangkap IkanAda seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila
dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap
ikan.Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"Nelayan : "Pakcik
tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia
mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan
pakcik tebar ke kanan."CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur
terlentang?"Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi
tu..."